• Selamat datang ke laman rasmi Madrasah Diniah Ahmadiah (MDA), Pusat Pengajian Pondok Bt10 Cheras. Madrasah ini telah diasaskan dan ditadbir sepenuhnya oleh Fadhilatus Syeikh Ustaz Zakaria Awang Al-Ahmadi selaku Syeikhul Madarsah. Menggunapakai sepenuhnya sistem pengajian pondok iaitu pengajian kitab secara halaqah yang terkenal dinegeri-negeri pantai timur & utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.
  • Pembinaan laman ini bertujuan mempromosi serta memperkenalkan MDA kepada seluruh lapisan masyarakat  tentang aktiviti-aktiviti yang berjalan di MDA. MDA semenjak penubuhannya telah menjalankan pelbagai aktiviti. Selain menyediakan peluang pengajian secara sistem pondok kepada seluruh lapisan masyarakat yang merupakan aktiviti utamanya, MDA juga turut terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui Badan Amal Ad-Diniah yang turut diasaskan oleh Fadhilatus Syeikh dengan memberi bantuan dan sumbangan kepada saudara seagama yang kurang bernasib baik seperti di Kemboja, Selatan Thailand dan lain-lain sesuai dengan moto penubuhan Badan Amal Ad-Diniah iaitu “Membantu Ummah Minoriti“.
  • Setelah sekian lama kewujudannya, namun masih ramai yang tidak menyedarinya akan sumbangan pendidikan yang telah dicurah oleh MDA kepada anak-anak bangsa terutama dalam pendidikan islam berorentasikan sistem pengajian pondok dan juga aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan melalui badan amalnya iaitu Amal Ad-Diniah.
  • Semoga kehadiran weblog ini dapat menyedarkan masyarakat setempat khususnya dan seluruh masyarakat umumnya akan aktiviti-aktiviti pengajian serta  sumbangan pendidikan & pentarbiyahan yang telah dijalankan oleh MDA kepada anak bangsa. Semoga dengan kehadiran weblog ini juga akan memberi inspirasi kepada masyarakat umum agar dapat sama-sama berganding bahu menggembeleng tenaga & harta untuk sama-sama membantu memajukan MDA.

Ke arah melahirkan generasi bertaqwa melalui Ilmu, Iman, Amal dan Akhlak.