SASARAN MISI

Membina/membaikpulih masjid di Kemboja & membasmi kemiskinan. Membaikpulih Masjid/Madrasah/Sekolah Agama diperkampungan umat Islam di Kemboja dan mengurangkan bebanan kemiskinan yang ditanggung akibat kekejaman pemerintahan Pol Pot adalah dua perkara sinonim bagi umat Islam di Kemboja. Keadaan yang amat menyedihkan ini tidak mendapat perhatian pihak pemerintah Kemboja lantaran bilangan umat Islam Kemboja hanya 2.5% dari 13 juta penduduk. Taraf kehidupan mereka adalah jauh lebih susah dari apa yang kita gambarkan. Di kampung/daerah yang diduduki umat Islam masih tidak ada kemudahan asas seperti elektrik dan air paip. Masih terlalu ramai kanak-kanak yang buta huruf dan tidak pernah menjejak kaki kebangku sekolah lantaran kesempitan hidup dan tiada kemudahan persekolahan.