Objektif Penubuhan 

  1. Melaksanakan sistem pendidikan Islam secara Pengajian Pondok yang sistematik.
  2. Melahirkan generasi yang berilmu dan mampu menyebarkan Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
  3. Mendekatkan masyarakat ke arah menghayati Islam sebagai cara hidup.
  4. Membentuk peribadi yang berilmu, berketerampilan dan berdaya saing serta mampu menyahut cabaran masa depan.
  5. Menanam nilai-nilai akhlak dan adab Islam.

 

 Sistem Pengajian

Pelajar-pelajar yang berkelayakan adalah yang berminat mendalami pengajian agama berorentasikan sistem pengajian pondok. Antara ilmu pengajian Islam yang diajar ialah Ilmu Feqah, Tauhid, Tasauf, Tafsir, Hadis  disamping itu pelajar juga diajar  ilmu tatabahasa arab seperti Ilmu Nahu, Sorof, Balaghah dan lain-lain.

Semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Di samping itu juga matapelajaran akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik turut diajar. Para pelajar juga digalakan menghafal Al-quran walaubagaimanapun pelajaran Tahfiz hanya digalakan kepada pelajar yang benar-benar mahir membaca Al-Quran sahaja.

 

 Pengajian Umum

     Selain menyediakan pelajaran untuk pelajar-pelajar, pihak madrasah juga turut mengadakan kelas-kelas pengajian untuk masyarakat umum yang berminat dan berhasrat untuk mempelajari serta mendalami Ilmu-ilmu Islam. Pengajian untuk masyarakat umum dilaksanakan secara pengajian pondok iaitu menadah kitab-kitab yang telah ditetapkan oleh Tuan Guru.

     Muslim dan Muslimat yang berminat adalah dijemput hadir ke pengajian ini yang diadakan pada hari minggu dan cuti-cuti umum. Antara kelas pengajian yang dibuka untuk masyarakat umum ialah :

  • Kuliah Maghrib (selepas solat maghrib) pada hari Jumaat.
  • Kuliah Subuh (selepas Solat Subuh) pada hari Sabtu.
  • Kuliah Dhuha@Asar (pukul 8:30@selepas solat Asar) pada hari Sabtu
  • Kuliah Dhuha (dari pukul 8:30pagi-1130pagi) pada hari Ahad.
  • Kuliah Maghrib (selepas solat Maghrib) pada hari Ahad.
  • Halaqah Zikir Majzub Tariqat Ahmadiah (selepas  solat Maghrib) pada hari Rabu

Muslim dan Muslimat  dijemput hadir


     Untuk membiayai perbelanjaan pengajian, makan minum dan pengurusan madrasah, kami amat memerlukan sokongan muslimin dan muslimat dengan apa jua bentuk sumbangan seperti derma, sedekah jariah, zakat dan sebagainya. Sumbangan yang muslimin dan muslimat berikan akan digunakan untuk tujuan perbelanjaan madarasah.

Segala sumbangan dari muslimin/muslimat didahului dengan jazakallahu khairal jaza..

Untuk menyumbang klik disini